PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti
SIBUTI
– Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu di
Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat
berbagai kaum di Sarawak.
Pada sebelah pagi
sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Hj Mat Sabu telah merasmikan
jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kpg Sepupuk, Niah. Kedatangan
Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian
tradisional masyarakat tempatan.
Inilah pertama
kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana
lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada
di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan
Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah.
Diantara
yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah
timbalan pesuruhjaya iii PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Robby
Tandang Pemuda PAS Sibuti, YB Baru Bian pengerusi Keadilan Sarawak, Dr
Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, YB Alan Ling DAP Miri dan lain-lain
pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta memberi ucapan.
Antara ucapan Hj
Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir
dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini, Hj Mat Sabu meminta
kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan
mengeluarkan kertas putih.
Hj Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.
Sarawak kaya
dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka
inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan
adil untuk semua dalam PRU13 nanti.
Semoga
dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru
kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan
sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang
akan diadakan tidak lama lagi.
Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. In Shaa Allah
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
PAS and Pakatan Rakyat get response beyond Expectation in Sibuti Parliamentary
SIBUTI
- The visit of PAS deputy president Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu in
Miri and Sibuti recently received tremendous response from various
ethnic communities in Sarawak.
On the morning of last
Saturday, the Miri PAS entourage together with Hj Mat Sabu officiating
the PAS Sibuti election machinery in Kpg Sepupuk, Niah. The arrival of
Mat Sabu with the People's Alliance leaders was greeted with traditional
dance of local communities.
This is the first
time in the history of Sarawak PAS received unexpected response and more
than a thousand local people of all races who are in the vicinity of
Sibuti give moral support to PAS and Pakatan Rakyat for the success of
PAS program in the Niah.
Among
the attendees at the event apart from PAS deputy president is Sarawak
PAS deputy commissioner iii cum PAS Miri Chief, Robby Tandang PAS Youth
Sibuti, YB Baru Bian Sarawak Keadilan chairman, Dr Michael Teo Miri PKR
branch chief, the Honorable Alan Ling DAP Miri and other leaders of
Pakatan Rakyat participated giving speeches.
Among the speech
of Hj Mat Sabu is on Umno promise to residents of Sulu, which ended with
the intruder in Lahad Datu, Sabah recently, Hj Mat Sabu urged the
government to fully investigate the incident by issuing a white paper.
Hj Mat Sabu also
remind locals that dare to change the government because all this while
the people of Sarawak live in poverty while their leaders live in
luxury.
Sarawak is rich with the Natural Resources but why do the people live in poverty then it is time for the people of Sarawak change the government which is better and fair to all in the upcoming 13th General Elections.
Hopefully with the
advent of Hj Mat Sabu to Sibuti will give new spirit to the framework
of PAS Sarawak to strive hard and systematically to capture the
parliamentary seats in Sarawak in the 13th General Elections which will
be held soon.
Cooperation of
PAS, DAP and Keadilan is needed to capture Putrajaya, any disputes
should be resolved in wisdom and resolved internally without the need to
divulge to the public to avoid misunderstanding and this issue will be
exploitation by the BN if Pakatan Rakyat fails to handle properly.