LAMBIR
- Kampung Lusut Jaya 3 terletak dalam parlimen Sibuti, kebanyakan
penduduknya adalah bumiputera dari suku kaum Ulu, Kenyah, Kayan, Iban
dan terdapat juga keluarga Melayu.
Baru-baru
ini PAS Miri buat lawatan bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad
Sabu untuk meninjau keadaan kehidupan penduduk Kampung Lusut Jaya 3 yang
mengalami masalah bekalan air yang sering kali terputus. Menurut salah
seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Jimbai ak Sigi, mereka
terpaksa mengunakan air tadahan hujan dari tangki yang mereka beli
sendiri untuk mendapatkan air bersih sebab air paip tidak dapat
digunakan sama sekali walaupun meter air sudah dipasang.
Loji
Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa
kilometer saja dari tempat kediaman mereka tapi tekanan air amat rendah
sehingga menyebabkan air tidak keluar dari pili air dan yang keluar
hanya tekanan angin. Mereka sudah lama memohon bekalan air bersih sejak
tahun 2008 dan sebelum itu mereka juga pernah menyuarakan masalah yang
sama kepada pihak yang berkenaan tetapi sehingga kini masalah bekalan
air bersih masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Walaupun
air dari pili tidak keluar, mereka terpaksa membayar bil air setiap
bulan RM5 untuk meter air paip tersebut. Mereka merasa rugi kerana
terpaksa membayar meter air yang tidak berfungsi serta tiada
perkhidmatan yang diberi dan mereka juga amat kecewa dengan sikap pihak
yang bertanggungjawab dalam pengurusan bekalan air yang tidak
menghiraukan masalah mereka selama ini.
Ada
juga dikalangan mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dalam
kolam untuk kegunaan harian tetapi apabila musim kemarau, air takungan
dalam kolam akan kering dan sudah tentu ini akan menyukarkan mereka
untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
Lagi
pun air takungan dalam kolam tidak begitu sesuai untuk membersihkan
bahan makanan dan juga tidak selamat untuk diminum, dan ianya paling
sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes terutama sekali selepas musim hujan.
Antara
masalah lain masih ramai lagi penduduk kampung Lusut Jaya yang belum
mendapat bantuan tangki air 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh pihak
kerajaan BN. Mereka amat memerlukan tangki tersebut untuk menadah air
hujan untuk kegunaan semasa musim kemarau atau ketika bekalan air
terputus.
Kita
mengesa pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara), dan pihak yang
berkaitan agar segera mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Perkara
ini sudah pun dilaporkan sebelum ini tetapi sehingga kini tiada sebarang
tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah kampung Lusut Jaya 3 ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Water Shortages Still Occurs in Kampung Lusut Jaya 3
LAMBIR
- Lusut Jaya 3 village located in Sibuti parliamentary, most
inhabitants is indigenous from the tribe of Ulu, Kenyah, Kayan, Iban and
there is also a Malay family.
Recently
Miri PAS make a visit with PAS Deputy President Haji Mohamad Sabu to
survey the living conditions of the residents of Kampung Lusut Jaya 3
who experiencing water shortages which are often disconnected. According
to one of the residents known as Jimbai ak Sigi, they had to use water
from the catchment tank which they bought their own to get clean water
because tap water cannot be used at all even though the water meter is
installed.
Water
Treatment Plant LAKU (Northern Region Water Board) in Lambir just a few
kilometers from their place of residence but very low water pressure
until cause no water come out from the tap and that out only air
pressure. They have been applying for clean water supply since 2008 and
before that they also had voiced a similar problem to the relevant
authorities but until now the problem of clean water supply has yet to
be fully resolved.
Although
the tap water does not come out, they had to pay a water bill every
month RM5 for water meter pipe. They feel the loss by paying for water
meters that does not functioning and there is no service and they are
also very disappointed with the attitude of those responsible in the
management of water supply to disregard their problems all this while.
There
are also among those had to use water in the pond catchment for daily
use but when the dry season, the water reservoir in the pond is dry and
of course this will make it difficult for them to get water for daily
use.
Furthermore,
the water reservoir in the pool is not very suitable for cleaning the
food and also not safe to drink, and it is most suitable for mosquito
breeding especially after the rainy season.
Among
others problem there are still many Lusut Jaya villagers who have not
received assistance of 1Malaysia water tank as promised by the BN
government. They are very much in need the tank to collect rain water
for use during the dry season or when water runs out.
We
urge the LAKU (Northern Region Water Board), and related parties to
immediately address this problem from prolonged. This matter has already
been reported before, but until now there was no follow-up action taken
to overcome this problem.