Mengapa jalan utama Sarawak mengambil masa untuk menjadi dua hala pada tahun 2025?
Jalan utama yang
pertama di Sarawak, yang merupakan kira-kira 1,500 km dalam semua, akan
menjadi dua hala pada tahun 2025, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk
Yong Khoon Seng seperti yang dilaporkan dalam akbar tempatan baru-baru
ini.
Menurut Yong lagi
"Untuk bahagian Sarawak, ia akan menelan belanja kira-kira RM9 bilion.
Untuk bahagian, Sabah yang merupakan kira-kira 1,000 km, ia akan menelan
belanja sekitar RM7bil.Ini adalah komitmen jangka panjang dengan jelas
dalam pelan yang dibentangkan Ia tidak boleh dibina sekelip mata, atau
lebih daripada dua atau tiga tahun, tetapi pasti, menjelang 2025,
berdasarkan kepada pelan tersebut, ia akan dilakukan".
Berdasarkan
kenyataan Yong, kita ingin tahu setakat ini, berapa kos sebenar yang
telah diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Trans Borneo telah
digunakan dan mengapa mengambil masa terlalu lama sehingga lebih
daripada 10 tahun?
Mengapa pihak
kerajaan tidak meluaskan jalan yang bersesuaian dengan keadaan bentuk
muka bumi Sarawak dimana jalan penghubungan utama perlu dinaiktaraf agar
ianya selamat untuk pengguna jalanraya. Sekarang ini keadaan jalanraya
utama di Sarawak agak teruk, berlobang, tidak rata dan amat merbahaya
kepada pengguna jalanraya.
Peruntukan
sebanyak RM9bil tersebut boleh diperolehi daripada hasil sumber asli
dalam negeri tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama sehingga lebih
daripada 10 tahun untuk disiapkan. Adakah selepas 10 tahun akan datang
pihak kerajaan yakin lebuhraya di Sarawak setaraf dengan lebuhraya di
peringkat antarabangsa atau serupa macam di Semenanjung Malaysia?
Sepatutnya
lebuhraya atau jalan Pan Borneo sudah boleh disiapkan tanpa perlu
menunggu sampai lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan sekiranya pihak
pemerintah benar-benar telus dan menggunakan hasil sumber asli bumi
Sarawak dengan sebaik mungkin.
Dengan mengambil masa 10 tahun barulah siap ini menunjukkan kegagalan
kerajaan BN memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Masalah
jalanraya utama Sarawak sepatutnya bukan jadi isu utama sekiranya
kerajaan BN menggunakan peruntukan dengan telus dan tidak ada ketirisan
sekiranya ini digunakan sebaik mungkin 20 tahun yang lalu.
Inilah alasan yang
sering kali kita dengar apabila sesuatu projek untuk kepentingan rakyat
tergendala atau ditangguhkan. Kalau peruntukan yang berjumlah berbilion
ringgit dapat dimanfaat sepenuhnya dan diurus secara baik sudah pasti
masalah kebajikan rakyat dan masalah infrastruktur di Sarawak dapat
diselesaikan dengan baik.
Kerajaan tidak
perlu mengenakan Tol untuk pengguna lebuhraya di Sarawak seperti kata
Yong kalau mahu lebuhraya disiapkan lebih awal tetapi dengan hasil
sumber asli sudah cukup untuk membina lebuhraya yang baik untuk rakyat
Sarawak.
Kita harap
kerajaan yang bakal memerintah nanti perlu mengambil kira dan
mengutamakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya untuk
kepentingan pihak tertentu dan kroni saja.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Why Sarawak trunk roads take time to become dual carriageway by 2025?
Sarawak’s
first trunk road, which is about 1,500km in all, will become a dual
carriageway by 2025, said Deputy Works Minister Datuk Yong Khoon Seng as
reported in a local newspaper recently.
According to Yong
again “For the Sarawak portion, it will cost approximately RM9bil. For
Sabah’s portion, which is about 1,000km, it will cost around RM7bil.
This is a long-term commitment with a clearly laid out plan. It cannot
be built overnight, or over two or three years, but definitely, by 2025,
according to the plan, it will be done.”
Based on Yong
statement, we want to know so far, what the actual cost that has been
allocated for the construction of the Trans Borneo Highway has been used
and why taking too long until more than 10 years?
Why is the
government did not extend road that in accordance with the terrain of
Sarawak where the main connecting road to be upgraded so that it is safe
for road users. Currently, the main road in Sarawak condition is quite
bad, perforated, uneven and dangerous to road users.
Allocation of
RM9bil can be obtained from the revenue of natural resources in the
state without having to take too much time until more than 10 years to
complete. Will after the next 10 years the government assured the
highway in Sarawak on par with international highway or similar ilk in
Peninsular Malaysia?
Supposed the
highway or Pan Borneo road can be completed without having to wait until
more than 10 years to complete, if the government truly transparent and
use the Sarawak natural resources as best as possible.
By taking 10 years
then completed, this shows the failure of the BN government provide the
best service to the people. Sarawak's major road problems should not be
the main issue if the BN government uses the provisions in a
transparent manner and there is no leakage if this used as best as
possible 20 years ago.
This is the reason
that we often hear when something projects for the benefit of the
people delayed or postponed. If the allocation of billions of ringgit
could be fully utilized and managed well no doubt problem of the
people's welfare and the infrastructure problems in Sarawak can be
resolved amicably.
The government
should not impose a toll for motorists in Sarawak as Yong said if you
want the highway completed ahead but with the natural resources revenue
is enough to build the highway that is good for the people of Sarawak.