Masalah Bekalan Air Di PMU Menganggu Tumpuan Para Pelajar
MUKAH
- Politeknik Mukah Sarawak (PMU) merupakan politeknik yang ke-20 di
Malaysia dan terletak di Mukah. PMU Mukah adalah politeknik ketiga di
wilayah tengah Sarawak di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan
Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas 100
ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan
pendidikan yang terkini.
Walaupun
sudah dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan asas yang
lain tetapi baru-baru ini pihak kami ada menerima aduan berkenaan dengan
masalah bekalan air bersih di PMU. Antara masalah yang dikemukakan oleh
pihak yang terbabit adalah PMU mengalami masalah bekalan air masuk
dimana bacaan meter aliran ke PMU adalah 0.00 m3 / sejam.
Simpanan
air di tangki takungan sebanyak 5.5 kaki hanya mampu menampung
penggunaan di jabatan / unit sahaja. Perkara ini sudah dimaklumkan
kepada pihak Sektor Air, JKR Mukah dan ianya telah dilaksanakan dan buat
masa ini pihak berkenaan dalam proses mengesan kebocoran / paip pecah /
masalah lain yang berkaitan.
Pada
masa yang sama, penghantaran air dengan menggunakan tanker JKR akan
dibuat bagi penyelesaian jangka masa pendek. Memandangkan pengoperasian
chiller memerlukan 1/5 daripada sumber air PMU, dengan serta merta
Chiller akan ditutup bagi mengelakkan minor / major kerosakan ke atas
sistem chiller (penyejuk) PMU.
Kita
mengesa pihak JKR dan pihak yang berkenaan dapat mengatasi masalah
tersebut dengan segera kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan dan
menganggu tumpuan para pelajar dan juga kakitangan yang bertugas di
kawasan tersebut.
Kerjasama
dan tindakan segera dari pihak JKR dan pihak yang berkenaan untuk
mengatasi masalah tersebut dari berlarutan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS , Sarawak
English version
Water Shortages in the PMU disrupt the focus of Students
MUKAH - Polytechnic Mukah Sarawak (PMU) is a 20th
polytechnic in Malaysia and is located in Mukah. Mukah PMU is the third
polytechnic in the central region Sarawak in Borneo after Polytechnic
Kuching Sarawak and Polytechnic Kota Kinabalu. PMU campus built on the
site of 100 acres and is equipped with modern infrastructure and latest
educational facilities.
Although
it is equipped with modern infrastructure and other basic facilities
but recently we have received complaints regarding the shortage of clean
water in the PMU.
Recently
we have received a complaint regarding the problem of water supply in
the PMU. Among the complaint lodge by the parties concerned is PMU
experiencing a water supply problem in which the flow meter reading to
PMU was 0.00 m3 / h.
Water
storage in the reservoir tank of 5.5 feet was only able to cover the
use of the department / unit only. The matter has been brought to the
Water Sector, PWD Mukah and it was carried out and at the moment the
parties concerned in the process of detect the leakages of / pipe burst /
other related problems.
At
the same time, water supply using PWD tankers will be made for
short-term solutions. Given the chiller operation requires 1/5 from the
PMU water resources with immediate effect the chiller will be closed to
prevent the minor / major damage to the chiller (cooling) PMU.
We
urged the PWD and the parties concerned to solve the problem as soon as
possible because it can affect the health and disrupt the concentration
of the students and staff who work in the area.