Kemudahan Asas Masih Belum Ditepati di Kawasan Sibuti
NIAH - Setelah
mencapai kemerdekaan melalui penubuhan negara Malaysia, Sarawak yang
akan menyambut ke 50 tahun hari kemerdekaan pada 16hb september masih
lagi jauh ketinggalan dari segi infrastruk dan kemudahan asas kepada
penduduk di luar bandar.
Masih terdapat
ramai penduduk di Sarawak tidak merasai kemudahan asas untuk hidup
dengan selesa. Di Bekenu, kawasan parlimen Sibuti, masih banyak rumah
panjang yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih,
elektrik dan jalanraya yang baik.
Sebagai
contoh, penghuni di Rh Alaxander Agap di Sepupok masih bergantung
dengan air hujan sebagai sumber air untuk kegunaan harian, dan masih
menggunakan janakuasa diesel untuk mendapatkan bekalan elektrik. Keadaan
ini amat menyukarkan penduduk kerana mereka terpaksa berjimat dan hanya
menggunakan elektrik di waktu malam kerana harga diesel sangat mahal.
Menurut Jawing
yang mengadu masalah tersebut berkata "50 tahun kerajaan BN sudah
berkali-kali berjanji mahu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan
air bersih dan elektrik, tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal
janji, sedangkan jarak kampung mereka ke jalan utama tidak jauh, hanya
1.5 kilometer sahaja”.
Tambah Jawing, di
waktu hari perayaan Gawai, air tadahan tidak mencukupi. Penduduk kampung
yang lain juga menambah, keadaan akan bertambah susah terutama waktu
musim kemarau, dimana tadahan air hujan kekeringan dan mereka perlu
mendapatkan air dari sumber yang jauh dalam keadaan kesukaran.
Majoriti penduduk
di ‘Rancangan Sepupok’ juga tidak mendapat jalan tar berturap. Sehingga
sekarang mereka masih menggunakan jalan batu kerikil untuk keluar dan
masuk ke kediaman mereka. Keadaan ini sangat mengganggu pergerakan mereka terutamanya waktu musim hujan, jalan
tanah menjadi licin dan kenderaan mereka sukar dikawal. Keadaan akan
menjadi lebih teruk jika ada berlaku kecemasan, dimana kesukaran untuk
penduduk untuk keluar mendapat bantuan dari luar.
Penduduk di Rh
Alaxander berharap kerajaan segera bertindak untuk menyelesaikan masalah
kemudahan asas di kampung mereka khasnya dan di tempat-tempat lain
dalam kawasan Sibuti dan negeri Sarawak amnya. Mereka percaya kerajaan
negeri Sarawak sebenarnya mampu menyelesaikan masalah rakyat jika tiada
ketirisan berlaku dalam pengurusan sumber hasil negeri memandangkan
negeri Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia.
Kita mengesa pihak
yang berkaitan dapat mengatasi masalah tersebut dengan segera dari
terus berlarutan kerana kemudahan asas rakyat adalah keutamaan yang
seharusnya diberi perhatian oleh pihak yang memerintah sekarang.
Kerjasama dengan pihak yang berkaitan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Basic Amenities still unfulfilled at the Sibuti area
NIAH - After
achieving independence through the formation of Malaysia, Sarawak, which
will celebrate its 50th Independence Day on September 16th are still
far behind in terms of the infrastructure and basic amenities to the
rural population.
There are still
many people in Sarawak not feel the basic amenities to live comfortably.
In Bekenu, Sibuti parliamentary constituency, many longhouses still do
not get the basic amenities such as clean water, electricity and good
roads.
For
example, residents in Rh Alaxander Agap Sepupok still rely on rainwater
as a source of water for daily use, and still use “diesel engine
generator" to obtain electricity. Situation is very difficult for the
people because they had to save money and just use electricity at night
because the price of diesel is very expensive.
According to Jawing who
complained of the problem says "50 years BN government has repeatedly
promised to provide basic amenities such as clean water supply and
electricity, but until now promises only stay as promises, while the
distance of their village to the main road not far, just 1.5 kilometers
away.
Add Jawing, during
Gawai festival days, not enough water catchment. Other villagers also
added that condition would get difficult especially during the dry
season, where rain water catchment dryness and they have to get water
from distant sources in difficulties.
The majority of
the population in 'Sepupok Plan' also did not get tar road paving. Until
now, they still use the gravel road for entry and exit from their
residence. This is particularly disturbing their movement especially
during the rainy season, the dirt road is slippery and difficult to
control their vehicles. Things will get worse if there is an emergency,
where the difficulty of the people to come out to get help from outside.
A resident in the
Rh Alaxander hopes that the Government act quickly to solve the basic
amenities problems in their village in particular and other places in
the area Sibuti and the State in general.
They believe the
state government is actually able to solve people's problems if no
leakages occur in the management of state revenue as the state of
Sarawak is the richest state in Malaysia.
We urge the
relevant authorities to solve the problem as soon as possible from
persisted because the people's basic facilities are a priority that
should be given attention by the ruling party now.